Kalau bukan janji-Mu Tuhan aku akan bertemu Imamul Mahdi
Kepastian bertemu sudah tentu terjadi
Urusanku belum habis lagi
Tidaklah Engkau mengambilku terlebih dahulu sebelum bertemu
Waktu inilah aku memikirkan mati sesuai dengan umurku
Usiaku telah lanjut sudah tentulah memikirkan mati
Tapi bila kuingat dengan janji-Mu
Sebelum tugasku selesai kematianku sudah tentu lambat lagi
Begitulah keyakinanku terhadap-Mu Tuhan
Kematianku belum masanya lagi
Kerana tugasku banyak lagi, belum selesai lagi
Setelah bertemu Imamul Mahdi barulah kematianku akan berlaku
Cuma aku tidak tahu akukah dahulu atau Imamul Mahdikah dahulu
Aku harap pertemuanku dengan Imamul Mahdi hidupku berkat kerananya
Moga-moga kematianku di dalam husnul khatimah kerana berkatnya
Itulah harapanku bertemu dengannya
Dia adalah kekasih-Mu khalifah akhir zaman, penyelamat manusia sejagat
Siapa bertemu dengannya menjadi pengikutnya sudah tentu selamat
Pengikutnya sudah tentu ikhwan paling tidak salah seorang asoib
Ikhwan dan asoib sudah pasti selamat di Akhirat
Kerana itulah orang rindu dengan Imamul Mahdi-Mu
Penyelamat di dunia dan penyelamat di Akhirat bagi pengikut-pengikutnya
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi